Tuesday, August 21, 2007

Datukship......hhhmmmm mudahnya nak dapat!!
.
Beberapa minggu yang lalu aku bertemu dengan jiran aku. Lama dah tak jumpa. Maklumlah sama sama sibuk. Kebetulan pada masa itu sekolah anak aku ada buat Smart A Program bagi penuntut tahun enam untuk mengambil UPSR yang akan di adakan dalam masa dua minggu lagi. Kebetulan jiran aku ni adalah adik ipar kepada kawan baik aku semasa di sekolah menengah lagi. Maka aku kenallah seluruh ipar duai jiran aku ini.
.
Sembil aku bersembang aku pun bertanyalah khabar ipar duai dia yang lain sebab semuanya aku kenal. Maka aku pun terlintaslah untuk bertanyakan akan adik ipar jiran aku ni yang menjadi sebagai kontractor. Mendengar cerita jiran aku ni, adik ipar dia telah menjadi seorang kontractor yang berjaya. Aku dah lama dengar kehebatan bisness adik ipar jiran aku ini. Tapi aku tak adalah seambitious macam tu. Kerja makan gaji pun cukup tak payah nak pening kepala. Janji dapat luangkan banyak masa dengan famili aku pada setiap hari. Pendirian aku agan berlainan sebab aku lebih suka pada simple life dan atake it easy. Maksudnye tak suka kecoh kecoh.
.
Kami terus berborak dan jiran aku ini terus cerita pasai adik ipar dia. Dia beritahu sekarang adik ipar dia beruasaha bertungkus lumus untuk mendapat gelaran Datuk. Baguslah dapat gelaran Datuk dalam umur yang muda. Di lanjutkan bicara di beritahu lagi bahawa adik ipar tersebut sering turun ke utara berjumpa seorang ahli parlimen untuk melobi bagi mendapat gelaran Datuk. Aku rasa nak ketawa, sehingga begitu sekali usaha. Kalau untuk dapat sembahyang kusyuk tak ada pun sesiapa yang nak usaha. Sembahyang ala kadar aje seperti melepas batuk di tangga sudah memadai. jadi aku terus mencelah, " Beri saja RM50,000", garenti boleh dapat. Bukan susah untuk dapat Datuk sebab sudah boleh di jual beli macam beli ikan di pasar". Jiran aku terus terdiam. Aku convince dia lagi beri aje duit mesti dapat.
.
Cerita pasal Datuk ni asku teringat beberapa member aku anak Pahang yang telah menjadi Datuk. Seorang tu member aku yang menjaga aku atau ambil berat pasal aku masa aku belajar di London. Masa tu dia buat Phd dan dalam tesis terakhir dia yang di bukukan dan di jual di arena antarabangsa , siap meletakkan acknomledgement akan nama aku. Betapa sayang dia kat aku. Hehehehe. Aku pun dah lama tak jumpa dia dan rasa rasanya dia dah pencen dan dah bercucu. Aku rasa dia ni memang layak selayak nya sebab Kerajaan Sepanyol pun telah mempelawa dia ke sanan untuk telus buat penyelidikan tentang negara mereka beberapa kali. Siap di hantar ke kelas bahasa sepanyol. Tapi ada seorang lagi X-boss aku. Dia ni kalau di ofis memang kuat mengampu dan semua orang keal sangat dengan perangai dia. Aku adalah musuh nombor satu dia. Aku teramat hairan bagaimana dia boleh dapat Datuk. Pelik bin Ajaib. Apalah sangat jasa yang di bakti pada rakyat dan negara.
.
Baru baru ini aku ada terbaca yang Wilayah Persekutuan akan adakan anugerah kebesaran kepada masa akan datang. Alamat bersepahlah Datuk macam biji tembikai. Apa nak di herankan. Bagi aku anugerah Datuk ni dah tak ada glamor dan maknanya lagi kecuali bagi artis artis yang masih terhegeh hegeh untuk dapatkan Datuk. Kalau lihat anugerah kebesaran yang di berikan oleh Queen Elizabeth boleh di bilang mereka yang mendapat gelaran 'Sir'. Patutnya anugerah Datuk, Tan Sri, Tun perlu ada kota dan hanya di beri kepada orang orang yang benar benar berjasa dan layak. Bukan main tangkap muat sehingga boleh di beli.
.
Tambahan pula ramai pula datuk yang berperangai macam gangster dan pecah amanah rakyat. Elok juga lah Sultan Selangor manarik balik anugerah Datuk pada individu yang ada rekod jenayah. Harapan aku dan rakyat Malaysia adalah anugerah sebegini di beti pada individual yang benar benar layat dan bukannya pilihan atas dasar kepatian. mesti kena neutral. Bukan apa, sebab ada setengah golongan Datuk ni bila dah dapat anugerah sebegitu merasakan diri mereka above the law.
.
Marilah kita sama sama fikirkan.