Tuesday, September 18, 2007

Harga Barang Dan Makanan Naiki Lagi....
.
Riuh baru baru ni dengan menaikan harga ayam. Personally, aku memang suka makan ayam. Anak-anak aku sekeluarga pun suka makan ayam. Kalau aku ke pasar borong Selayang mesti aku beli sampai 5 atau 6 ekor ayam untuk bekalan selama 10 hari. Ayam ni macam macam boleh kita masak. Memang menaikakn selera. Tapi apabila harga ayam telah melambung naik, aku tanya pada diri aku, perlukah lagi makan ayam? Kalau nak beli makanan laut masih lagi mahal jika di bangingkan dengan ayam. Jadi aku buat keputusan untuk terus makan ayam. Kalau nak boikot pun aku rasa tak perlu.
.
Bukan ayam saja yang harga meningkat tetapi banyak lagi barang barang lain. Terutama nya bila menjelang raya. Persatuan penjual ayam Perak mula mula mengambil tindakan untuk menaikkan harga ayam walau di bantah kerajaan. Apa tindakan yang Kementerian Pengguna ingin kenakan mereka dah tak takut. Akhirnya akibat tekanan dari penjual ayam maka berlakulah suatu mesyuarat tergempar di antara, penternak, pemborong, penjual dan Pak menteri. Akhirnya harga tetap ayam di jatuhkan kepada RM6.00.
.
Yang aku rasa teramat pelik ialah, penternak beritahu bahawa harga makanan ayam meningkat. Maka harga ayam perlu di naikkan. Tetapi mengapa perlu mengawal harga ayam sebab masalah utama adalah harga makanan ayam yang melambung naik. Mengapa kementerian tidak megawal harga makanan ayam dan menjadikan ia harga kawalan. Kalau ada nyamuk dalam rumah ridsectkan nyamuk itu bukannya bakar kelambu.
.
Aku rasa memang nak ketawa. Berbalik kepada harga barang yang semakin naik, aku sendiri dah rasa seperti diri di cengkam. Saving dalam bank pun semakin menyusut. Apatah lagi yang di rasai oleh orang yang berpendapatan rendah dan tak seberapa. Aku memang kesiankan pada golongan golongan ini. Kadang aku rasa pemerintah seperti singa yang hilang taring. Bila mengaum aje hebat tapi tikus pun dah tak takut lagi.
.
Semalam syarikat minyak nasional sudah memberi gambaran untuk menarik subsidi gas. Ini satu lagi petunjuk yang harga barang akan terus melambung. Akibatnya kehidupan rakyat akan terus tertekan. Bila hidup tertekan berlakulah masalah social. Bila berlaku masalah sosial akan lahirlah jenayah yang tak terkawa. No wonder hari ni kalau kita belek akhbar2 tempatan, sana sini berlaku jenayah bunuh, culik yang sebelum ini jarang berlaku. Jadi apakah tindakan kerajaan untuk membendung perkara ini? Aku pun dah naik rimasdan menyampah dengan keadaan sekarag.
.
Rasa rasanya semuanya akan naik setiap masa kecuali hujan saja yang turun tak naik naik. HHmmmmmm.