Tuesday, July 31, 2007

SMART TUNNEL.......memang smart ke terowong itu??
.
SMART tunnel.......adakah nama nya segah fungsinye. Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang keliru tapi aku rasa seluruh warga kota telah terkeliru. mengapa keliru?? Sebab belum dapat jawapan yang pasti apakah sebenarnya terowong yang dikatakan smart itu.
.
Aku tahulah serba sedikit perjalanan projek ini dan aku pernah bersama sama duduk menikmati tayangan video proposalnya di peringkat awal. memang canggil dan tercanggih di dunia. Tapi apakah tujuan sebenar untuk mebina terowong smart ini aku pun kurang pasti Tapi awam sedia maklum bahawa pembinaannya mempunyai dua tujuan iaitu:
1. memastikan perjalanan trafik dari Jalan Tun Razak ke Sungai Besi adalah lancar dan
2. memastikan bahawa tiada lagi berlaku banjir di bandaraya Kuala Lumpur yang kita cintai.
.
Sebelum aku mengulas sedikit lagi, kita juga sedia maklum banjir di Kuala Lumpur sudah sinonim bagi penduduk kota, berpunca dari limpahan air dari Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang tak dapat lagi menampung aliran air dari hutan batu Kuala Lumpur. Maka terciptalah projek ini. Tapi ada satu lagi pakej B iaitu untuk melencongkan aliran air ke kolam tadahan dari Sungai Gombak dan Sungai Keroh. Aku rasa setiap kali hari hujan warga kota akan panic dan bergegas untuk pulang kerumah. Jadi keputusannya setiap kali hari hujan Kuala Lumpur akan jam. Nak balik atau nak tunggu hingga hujan reda 50-50. Sebab akibat yang serupa yang mungkin di terima.
.
baru baru ini ( aku dah lupa bila tarikhnya) berlaku banjir yang dasyat di Kuala Lumpur. Banyak harta benda rosak dan kereta di tenggelami air. Apa lagi semua pihak menuding jari ke pada terowong yang di katakan smart ini. Rupa rupanya tidak smart yang di jangkakan.
.
Terus aku mendail kawan aku untuk mengetahui apakah masalah sebenar. Rupa rupanya terowong jalan sahaja siap tapi kolam tadahan masih lagi belum siap. Jadi bermaksud terusan banjir tersebut masih di dalam pembinaan tetapi jalan sudah siap untuk membalun duit rakyat.Hhhhhhh......kesian rakyat. Apa boleh buat terima ajelah. Yang lawaknye semua orang mnuding jari pada Samy Vellu atau JKR. Tak pasal pasal si Samy tu kena maki hamun. Rupa rupanya projek ini di bawah pantauan JPS.....hahahahaha. Memang Samy patut jadi kambing hitam sebab dia dah memang hitan dan muka pun macam kambing. Cuma janggut saje belum ade. kalau ada janggut sudah sah jadi bapa kambing.
.
So aku rasa elok sajalah kita rakyat marhaen ni boikot terowong yang tak smart mana pun. Biar saja dia jadi gajah putih. kalau bayar pada benda tak berfungsi nampak macam orang bodoh. Jadilah macam Pak Kaduk.
.

Monday, July 30, 2007

Disiplin Murid....Apakah puncanya dan siapa yang patut disalahkan???
.
Lately banyak benar kisah disiplin murid dlm media. Kisah murid tak berdisiplin dan guru rendam murid murid dalam kolam. Kisah murid cekik guru dan pagi tadi aku dengar berita guru perkosa murid. Jadi siapa yang mempunya masalah disiplin di sini. Murid atau guru??// Atau kalau kita nak kaji lebih dalam adakah sebab dasar pelajaran negara yang menyebabkan murid hilang arah tuju atau maksud bersekolah yang mengakibatkan masalah disiplin. mari kita sama sama selongkar siapa yang layak di kambing hitamkan. Kalau tanya sesiapa pun semua orang tak akan mengaku bersalah malah pakat tuding jari kepada orang lain melainkan diri sendiri. Kelakarkan...
.
Banyak pihak yang terlibat dlm mendisiplinkan diri murid. Disiplin berpunca di rumah dan di teruskan sekolah dan seterusnya dalam kehidupan harian yang maha luas. Kalau dari rumah nescaya membentuk disiplin pastilah dari kalangan ibubapa. Kalau suasana rumah baik maka disiplin anak anak akan jadi baik. Tapi kalau ibubapa sendiri tiada disiplin jangan komplen atau expect that anak anak akan berdisiplin. Saya tertarik dengan berita dari anak saya baru baru ini. Anak saya beritahu bahawa kawan dia beritahu bahawa ibu bapanya enggan menunaikan solat. Sudah puas anak tersebut menasihati ibubapa agar bersolat tetapi masih engkar. Emak pakai tudung tapi sebagai syarat sahaja...mungkin!! Jadi saya bilang pada anak saya supaya menasihati kawannya agar terus berdoa kepada Allah moga moga ibubapa beliau akan dapat hidayah dan terus dapat melaksanakan perintah Allah. Kes yang kedua dari anak lelaki saya beritahu bahawa kawan mereka telah mula meminum arak dan lepak di pusat membeli belah dan ada ketika telah masuk TV3 rancangan 360 perihal tidur di pusat beli belah. Rupa rupanya parents budak tersebut tiada masa untuk anak anak sebab sibuk dgn urusan dunia untuk tambah pendapatan. Sedih sekali apabila saya mendengarnya.
.
Di sekolah, guru di pertanggungjawapkan untuk mendisiplinkan murid. Terdapat juga guru kaunseling khas untuk menangani masalah murid. Tapi sejauh mana keberkesanannya kurang pasti. Tapi dari pengamatan saya kita banyak kepada hukuman dan undang undang daripada mengunakan kewarasan dan faktor kemanusiaan di dalam mendisiplinkan murid. Pernah masa heboh pasal black metal, ada kes di sekolah anak saya. Apa guru buat ialah, guru guru memaksa murid murid untuk mengaku dan terus menghukum murid murid yang terlibat. Kes kedua, anak kawan saya yang sememangnya malas sekolah dan hadapi masalah disiplin. Setelah pergantungan sekolah selama beberapa waktu anak beliau masuk semula ke sekolah. Pada kali ini anak beliau telah menjadi sindiran guru guru dan bukan nya semagat yang di beri. Sebab itu faktor kemanusiaan seperti kasih sayang, belaian, tanggungjawap, jujur dan ikhlas adalah perkara penting untuk mendidik masyarakat yang tak disiplin. Jadi macam nabi, orang lakukan keburukan tapi di balas dengan kebaikan tanpa perasaan dendam. Memang orang akan banding, itu nabi. Tapi apa salahnya kalau kita belajar dari sifat sifat nabi yang mulia.
.
Di sekolah ada tiga jenis murid. Pertama murid yang ingin belajar dan cemerlang dalam akedemik dan kurikulum. Kedua adalah murid yang tidak berminat akedemik tapi minat pada kurikulum sahaja dan ketiga murid yang tidak minat pada kedua dua nya sekali. Jadi murid yang mempunya masalah disipline adalah murid yang dari golongan kedua dan ketiga. Mungkin golongan ketiga yang lebih ramai. Jadi kalaulah murid dah malas hendak belajar buat apa di simpan lagi mereka mereka ini untuk kesekolah. Jiwa mereka akan memberontak dan mereka akan melepakan sifat tersebut pada pihak ketiga maka murid atau guru yang tak bersalah akan menjadi mangsa.
.
kalaulah saya yang menjadi Menteri Pelajaran saya akan lebih prihatin tentang hakikat sebenar yang kita hadapi di sekolah. Jadi apa yang perlu saya buat???// Hahahaha.......
1. Saya akan jadikan suasana sekolah sentiasa ceria dan creatif. Sekolah bukan tempat akedemik semata mata. BIla sekolah menjadi tempat akedemik semata mata maka murid yang tak berminat akan merasakan diri mereka bodoh dan terpinggir.
2. Setiap guru akan di beri kursus khas dari segi espect kemanusiaan dan kasih sayang supaya para guru akan merasakan bahawa murid murid sekalian adalah seperti anak mereka sendiri. Jadi kan rancangan keluarga angkat bagi setiap guru dan ibu bapa. Bagi murid murid yang tidak berpeluang hidup dlm suasana keluarga penyayang dan harmoni berikan mereka kesempatan untuk merasai nikmat hidup sedemikian.
3. Kurangkan amalan menghukum dan tindakan tatatertib sebab murid walau pun muda mereka mempunyai maruah seperti kita yang dewasa. Selagi ia bernama manusia selagi itu maruah dan kehormatan diri harus di jaga. Bukan merendahkan lagi martabat mereka seperti binatang. Jiwa mereka yang kosong perlu di isi dengan penuh kasih sayang.
4. Beri insentif yang bersesuaian untuk golongan ketiga untuk meneruskan pelajaran di dalam kemahiran yang ada di dalam diri mereka. Dirikan banyak kolej komuniti untuk mereka mengembangkan bakat dan meluangkan masa yang berfaedah untuk menjadi insan yang berguna.
5. Insentif untuk guru yang sedia berkorban untuk membina murid yang bertanggungjawap demi masa depan negara.
6. Aku akan ada kan program motivasi untuk para ibubapa. Sebenarnya kita selalu terlepas pandang untuk mengajurkan seminar keibubapaan. Kadang tu ibubapa mempunyai perangai atau disiplin lebih buruk dari anak anak. Takkanlah kita boleh biarkan ibupbapa yang sebegini untuk membimbing anak anak.
.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang hendak di tulis di sini. Tapi aku rasa pokok pangkalnya adalah sistem pelajaran kita. Mengapa aku kata demikian????? Sebab sistem pelajaran kebangsaan seperti tak memberi peluang langsung kepada mereka yang tercicir atau terpinggir di dalam bidang akedemik. Jadi siapa yang perlu di salah kan.......saya mempunyai jawapan saya yang tersendiri dan saya pasti tuan pun mempunyai jawapan tuan yang tersendiri. Siapa nak mengaku diri sendiri yang bersalah kan......Jadi siapakah kambing hitam itu????? Tepuk dada tanya keikhlasan.

Monday, July 16, 2007

Nuri Sikosky 61
.
Misteri Kehilangan Nuri

.

Dulu masa aku masih kecil aku selalu melihat helikopter nuri di angkasa. Aku dan kawan aku terus melambai lambai sambil menjerit 'helicopter...helicopter'. Pada masa itu tak terimagin bagaimana menaiki helikopter. Terasa benar di dalam diri untuk mencubanya. Rasanya kalau dapat naik mesti perasaan rasa seronok yang tak terucap. Orng kata macam kembang buntut. Malah sampai ke hari ini aku aku masih belum berjaya menaiki helikopter. Bukan tak berpeluang tatapi aku takut sebab banyak sangat insiden terhempasnya helikopter nuri. Aku jadi fobia.

.

Baru baru ni tersebar berita terhempas atau hilang helikopter nuri. Nasib enam anak kapal belum pasti destinasinya. Sudah lebih tiga hari pasukan keselamatan dan berbagai pihak gagal untuk mengesan. Berbagai teori dan ulasan diberi oleh pak menteri malah yang tak tahu menahu dengan subjek tersebut pun sudah pandai menyamput. Tapi adalah amat malang bagi keluarga mangsa yang terus berharap dan berdoa agar saudara tersayang masih lagi di beri peluang oleh Allah taala untuk terus hidup.

.

Instint aku perihal helikopter nuri ni dah lama bertapak. Aku masih tidak percaya lagi akan reliability helikopter ini. Bagi aku elok saja di jual ke kedai india besi buruk. Dapatlah juga duit untuk di agih pada anak anak yang memerlukan. Sudah banyak kejadian terhempas helikopter ini. Yang aku nak ketawa berdekah dekah adalah, setiap kali berlaku kemalangan nuri nescaya ada pihak yang masih menjawap dengan senyum kambing " Nuri masih reliable dan selamat di gunakan". Sampai bila kata kata sendiwara ini akan terus di ulang aku pun tak tahu. Elok juga kalau bagi burung kakak tua yang menjawap. Sebab kita sudah tahu jawapan yang sama akan di keluarkan.

.

Cuba kita offer orang orang elite untuk enjoy naik Nuri menglilingi gunung tahan untuk amalan reakreasi. Aci lawan potong tangan mereka akan menolak. Mereka lebih utamakan kazanah karun nuri tersebut dari menilai nyawa yg beharga. Aku rasa kalau jet pejuang Sukoi terhempas pun mereka lebih rela pejuang pilot mati daripada sukoi terhempas. Bukan murah untuk beli sukoi tu. mahal brother sehingga perlu di ode sehingga 2 ke 3 tahun.

.

Apa apa pun Aku doakan mereka masih berpeluang untuk terus hidup. Kesian keluarga yang tercinta. My instint eloklah di derma saja Nuri tu untuk menjadi bahan muzium atau letak di tengah padang permainnan untuk kana kanak main masak masak di dalam nya.

.

Akhir kata aku harap tiada lagi kata kata bodoh yang akan mengulangi peristiwa ini..

Sunday, July 15, 2007

FAM Deputy President Resigned!!!!
Aku baru saja berbincang berkenaan dengan sukan bolasepak di Malaysia Sabtu lalu dengan saudara aku. Semua memberi komen tentang mutu permainan yang teruk dan tak menjadi. Seolah olah apabila pemain berada di padang semuanya menjadi kacau dan tenggelam punca. Berbagai bagai komen. Sana sini ada saja isu bole sepak Malaysia. Pada pendapat aku bukannya masalah pemain tapi masalah pentadbiran sendiri. Aku kata elok diberhentikan saja President dan naib President FAM. We new new faces and talents to guide and administer Malaysia Football. Rupanya my instint hari ini menjadi. Hahahahaha.....Eloklah kalau itulah keputusan yang nak di ambil.
I met Naib President FAM and his gang when I was in plane on the way from Bangkok to Kuala Lumpur. He was staring at me from a distance....of course I manage to be in the business class as well. But who am i to know and acquint to him. Anyway that was not an issue but my message through my mind was clear that just resign and get away from FAM.
We need somebody honously and sincerely can guide Malaysia footbal for the sake of the counry without fear. Who is that guy???? Another politician????? That does not matter if he is professional in dealing with the management. Ini bukan nya cerita siapa kenal siapa.
At one time my sons asked me that we may qualify for the 2010 World Cup. Im just laughing and smiling and I already knew that we may need an angel to decent from the sky and invisibly kick the ball into our opponent goal post.....
I'm really sick with it.