Monday, July 30, 2007

Disiplin Murid....Apakah puncanya dan siapa yang patut disalahkan???
.
Lately banyak benar kisah disiplin murid dlm media. Kisah murid tak berdisiplin dan guru rendam murid murid dalam kolam. Kisah murid cekik guru dan pagi tadi aku dengar berita guru perkosa murid. Jadi siapa yang mempunya masalah disiplin di sini. Murid atau guru??// Atau kalau kita nak kaji lebih dalam adakah sebab dasar pelajaran negara yang menyebabkan murid hilang arah tuju atau maksud bersekolah yang mengakibatkan masalah disiplin. mari kita sama sama selongkar siapa yang layak di kambing hitamkan. Kalau tanya sesiapa pun semua orang tak akan mengaku bersalah malah pakat tuding jari kepada orang lain melainkan diri sendiri. Kelakarkan...
.
Banyak pihak yang terlibat dlm mendisiplinkan diri murid. Disiplin berpunca di rumah dan di teruskan sekolah dan seterusnya dalam kehidupan harian yang maha luas. Kalau dari rumah nescaya membentuk disiplin pastilah dari kalangan ibubapa. Kalau suasana rumah baik maka disiplin anak anak akan jadi baik. Tapi kalau ibubapa sendiri tiada disiplin jangan komplen atau expect that anak anak akan berdisiplin. Saya tertarik dengan berita dari anak saya baru baru ini. Anak saya beritahu bahawa kawan dia beritahu bahawa ibu bapanya enggan menunaikan solat. Sudah puas anak tersebut menasihati ibubapa agar bersolat tetapi masih engkar. Emak pakai tudung tapi sebagai syarat sahaja...mungkin!! Jadi saya bilang pada anak saya supaya menasihati kawannya agar terus berdoa kepada Allah moga moga ibubapa beliau akan dapat hidayah dan terus dapat melaksanakan perintah Allah. Kes yang kedua dari anak lelaki saya beritahu bahawa kawan mereka telah mula meminum arak dan lepak di pusat membeli belah dan ada ketika telah masuk TV3 rancangan 360 perihal tidur di pusat beli belah. Rupa rupanya parents budak tersebut tiada masa untuk anak anak sebab sibuk dgn urusan dunia untuk tambah pendapatan. Sedih sekali apabila saya mendengarnya.
.
Di sekolah, guru di pertanggungjawapkan untuk mendisiplinkan murid. Terdapat juga guru kaunseling khas untuk menangani masalah murid. Tapi sejauh mana keberkesanannya kurang pasti. Tapi dari pengamatan saya kita banyak kepada hukuman dan undang undang daripada mengunakan kewarasan dan faktor kemanusiaan di dalam mendisiplinkan murid. Pernah masa heboh pasal black metal, ada kes di sekolah anak saya. Apa guru buat ialah, guru guru memaksa murid murid untuk mengaku dan terus menghukum murid murid yang terlibat. Kes kedua, anak kawan saya yang sememangnya malas sekolah dan hadapi masalah disiplin. Setelah pergantungan sekolah selama beberapa waktu anak beliau masuk semula ke sekolah. Pada kali ini anak beliau telah menjadi sindiran guru guru dan bukan nya semagat yang di beri. Sebab itu faktor kemanusiaan seperti kasih sayang, belaian, tanggungjawap, jujur dan ikhlas adalah perkara penting untuk mendidik masyarakat yang tak disiplin. Jadi macam nabi, orang lakukan keburukan tapi di balas dengan kebaikan tanpa perasaan dendam. Memang orang akan banding, itu nabi. Tapi apa salahnya kalau kita belajar dari sifat sifat nabi yang mulia.
.
Di sekolah ada tiga jenis murid. Pertama murid yang ingin belajar dan cemerlang dalam akedemik dan kurikulum. Kedua adalah murid yang tidak berminat akedemik tapi minat pada kurikulum sahaja dan ketiga murid yang tidak minat pada kedua dua nya sekali. Jadi murid yang mempunya masalah disipline adalah murid yang dari golongan kedua dan ketiga. Mungkin golongan ketiga yang lebih ramai. Jadi kalaulah murid dah malas hendak belajar buat apa di simpan lagi mereka mereka ini untuk kesekolah. Jiwa mereka akan memberontak dan mereka akan melepakan sifat tersebut pada pihak ketiga maka murid atau guru yang tak bersalah akan menjadi mangsa.
.
kalaulah saya yang menjadi Menteri Pelajaran saya akan lebih prihatin tentang hakikat sebenar yang kita hadapi di sekolah. Jadi apa yang perlu saya buat???// Hahahaha.......
1. Saya akan jadikan suasana sekolah sentiasa ceria dan creatif. Sekolah bukan tempat akedemik semata mata. BIla sekolah menjadi tempat akedemik semata mata maka murid yang tak berminat akan merasakan diri mereka bodoh dan terpinggir.
2. Setiap guru akan di beri kursus khas dari segi espect kemanusiaan dan kasih sayang supaya para guru akan merasakan bahawa murid murid sekalian adalah seperti anak mereka sendiri. Jadi kan rancangan keluarga angkat bagi setiap guru dan ibu bapa. Bagi murid murid yang tidak berpeluang hidup dlm suasana keluarga penyayang dan harmoni berikan mereka kesempatan untuk merasai nikmat hidup sedemikian.
3. Kurangkan amalan menghukum dan tindakan tatatertib sebab murid walau pun muda mereka mempunyai maruah seperti kita yang dewasa. Selagi ia bernama manusia selagi itu maruah dan kehormatan diri harus di jaga. Bukan merendahkan lagi martabat mereka seperti binatang. Jiwa mereka yang kosong perlu di isi dengan penuh kasih sayang.
4. Beri insentif yang bersesuaian untuk golongan ketiga untuk meneruskan pelajaran di dalam kemahiran yang ada di dalam diri mereka. Dirikan banyak kolej komuniti untuk mereka mengembangkan bakat dan meluangkan masa yang berfaedah untuk menjadi insan yang berguna.
5. Insentif untuk guru yang sedia berkorban untuk membina murid yang bertanggungjawap demi masa depan negara.
6. Aku akan ada kan program motivasi untuk para ibubapa. Sebenarnya kita selalu terlepas pandang untuk mengajurkan seminar keibubapaan. Kadang tu ibubapa mempunyai perangai atau disiplin lebih buruk dari anak anak. Takkanlah kita boleh biarkan ibupbapa yang sebegini untuk membimbing anak anak.
.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang hendak di tulis di sini. Tapi aku rasa pokok pangkalnya adalah sistem pelajaran kita. Mengapa aku kata demikian????? Sebab sistem pelajaran kebangsaan seperti tak memberi peluang langsung kepada mereka yang tercicir atau terpinggir di dalam bidang akedemik. Jadi siapa yang perlu di salah kan.......saya mempunyai jawapan saya yang tersendiri dan saya pasti tuan pun mempunyai jawapan tuan yang tersendiri. Siapa nak mengaku diri sendiri yang bersalah kan......Jadi siapakah kambing hitam itu????? Tepuk dada tanya keikhlasan.

No comments: